Korban Tuhan Sebelum Asas Dunia

TY Yap
4 min readAug 31, 2021

--

Good Friday, yang boleh diterjemahkan sebagai Jumaat Agung, adalah perayaan yang memperingati kematian Yesus Kristus di salib. Ia satu peristiwa dalam detik sejarah, yang berlaku pada masa Pontius Pilatus menanggung jawatan sebagai gabenor Roma di Judea. Ianya berlaku atas desakan para ketua imam dan pegawai Yahudi di Yerusalem.

Kesemuanya berlaku dua millenia dahulu di dunia bumi menurut rencana Tuhan untuk menebus umat manusia dari kutukan dosa. Alkitab memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kita mengenai kehendak Tuhan untuk para ciptaan-Nya, dan penerangan serta pertimbangan mengenai bagaimana kita patut hidup sehubungan dengan kehendak Tuhan.

Yesus diperkenalkan sebagai Anak Domba Tuhan. Pertama kalinya seorang utusan Tuhan bernama Yohanes melihat Yesus, dia berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapus dosa dunia!” (Yohanes 1:29) Alkitab memberitahu bahawa kita telah ditebus dari bentuk kehidupan yang sia-sia, bukan dengan benda-benda yang boleh merosot seperti emas dan perak, tetapi dengan darah Kristus, Anak Domba yang tidak ada kecacatan ataupun kecelaan (1 Petrus 1:18–19).

Yang paling penting di dalam pendedahan Alkitab ialah bahawa Anak Domba Tuhan sebenarnya telah dikorbankan dari perekaan dunia (Wahyu 13:8).

Tuhan me-reka dunia dengan pengetahuan bahawa dosa bakal wujud di dunia dan merosakkannya. Dia tahu bahawa iblis, makhluk yang direka-Nya baik di permulaan, sudah menderhaka di syurga dan pasti akan menyebabkan manusia pertama dan segala keturunannya sama-sama berdosa. Mengapakah Tuhan masih me-reka dunia jika Dia telahpun mengetahui sejak permulaan kesemua yang bakal berlaku mengenai kejatuhan umat manusia akibat dosa?

Dunia yang Tuhan ciptakan adalah baik pada permulaannya. Terbilang sebanyak tujuh kali di pasal pertama Buku Kejadian tulisan bahawa Tuhan melihat apa yang Dia telah reka, dan berfirman bahawa ianya baik. Ciptaan Tuhan yang tertinggi di dunia ini adalah manusia, makhluk yang diperbuat menurut imej Tuhan, diperbuat untuk hidup sehubungan dengan Tuhan untuk selama-lamanya. Meskipun Tuhan mengetahui dari awal-awal lagi bahawa lelaki dan perempuan pertama yang dicipta-Nya akan jatuh kepada tipu-helah Iblis dan memberontak terhadap Tuhan, justeru membawa kemarahan dan kehakiman suci Tuhan ke atas mereka dan segala keturunan manusia, Tuhan dengan kasih menjadikan manusia dengan kemampuan dan kebebasan manusia berfikir dan memilih.

Pengorbanan Anak Domba dari rekaan dunia bererti Tuhan telah membuat bayaran yang muktamad apabila Dia me-reka alam semesta dan manusia di dunia. It bererti Tuhan telah menyayangi dunia dengan kasih yang abadi, dari permulaan. Anakanda-Nya, yang melalui-Nya dunia dicipta, telah menjadi Anak Domba Tuhan semasa Dia mejadikan dunia. Anakanda Tuhan meletakkan nyawa-Nya untuk dunia ciptaan-Nya, dan dalam perancangan Tuhan, Dia sudahpun dikorbankan dari masa permulaan dunia.

Tuhan mengutus Anakanda-Nya ke dunia pada masa yang sempurna (Galatia 4:4), supaya Anakanda-Nya boleh mengasihi kita dan memberikan nyawa-Nya sebagai korban-sembah yang harum kepada Tuhan untuk kita (Efesus 5:2). Tiada kasih yang dapat melampaui ini: Kerelaan seorang mengorbankan dirinya demi sahabat-sahabatnya (Yohanes 15:13). Yesus Kristus memautkan diri-Nya di atas salib bagi sahabat-sahabat-Nya. Di atas salib, Yesus dijadikan kutukan untuk kita, supaya kita boleh ditebus dari kutukkan undang-undang rohani yang membawa hukuman (Galatia 3:13).

Dosa memisahkan kita daripada Tuhan dan membawa kutukan. Tuhan tidak mengutus Anakanda-Nya ke dunia ini untuk menghukum kita, tetapi untuk menyelamatkan kita melalui-Nya (Yohanes 3:17) Kerana Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga Dia memberikan Anakanda-Nya yang tunggal supaya sesiapa yang percaya kepada Anakanda-Nya tidak akan dibinasakan tetapi beroleh hidup yang kekal (Yohanes 3:16).

Sebagaimana Tuhan mengutus Anakanda-Nya ke dunia in pada detik masa yang sempurna, kita juga dilahirkan ke dunia ini pada detik masa yang ditetapkan oleh-Nya. Jika anda telah mempercayai kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan Tuhan anda, namamu telahpun ditulis di dalam Buku Orang Hidup Anak Domba (Wahyu 13:8). Sebagaimana Anak Domba dikorbankan dari asas dunia, nama-nama kesemua yang akan diselamatkan sudahpun dicatat di dalam Buku Orang Hidup dari masa dunia bermula (Wahyu 17:8).

Adakah nama anda didaftar di Buku Orang Hidup? Tidak perlu kamu sangka-menyangka. Jika kamu mampu mengakui dengan mulut kamu bahawa Yesus adalah Tuhan, dan mempercayai dalam hatimu bahawa Tuhan membangkitkan Yesus dari kematian, kamu akan dan telahpun diselamatkan (Roma 10:9) Kamu akan menewaskan musuhmu sang iblis dengan darah Anak Domba dan pengakuan kesaksian kamu (Wahyu 12:11).

Tidak ada hal yang lebih penting atau bererti di dalam hidup ini dari memastikan bahawa peristiwa Jumaat Agung berkesan untukmu. Pada Jumaat Agung yang asal, ada dua orang penjenayah yang disalib disebelah Yesus. Satu daripada mereka berkata kepada-Nya, “Yesus, ingatlah saya bila Engkau datang dengan kerajaan-Mu.” Yesus berkata kepadanya, “Benar benar Saya memberitahumu: Hari ini kamu akan bersama Saya di syurga.” (Lukas 23:42–43)

Penjenayah yang turut dihukum mati itu medapat kepastian bahawa namanya didaftar di Buku Orang Hidup Anak Domba, pada saat-saat terakhir nyawanya di bumi. Kamu juga boleh mendapat ketentuan bahawa namamu tertulis di buku itu, dan bahawa kamu memperolehi hidup yang kekal.

Segala yang perlu dilakukan untuk melayakkan kamu beroleh hidup kekal sudahpun terlaksana oleh Yesus Kristus yang berkorban di salib untuk pengampunan dosa-dosamu — jika anda percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat, kamu akan menerima janji-Nya bahawa tempat abadi di syurga ada disediakan untuk kamu.

--

--

TY Yap
TY Yap

Written by TY Yap

A sojourner on the earth, who might have the occasional musing to share with fellow sojourners.

No responses yet